Di sebuah kg di negeri ..........
"Atok atok, tadikan atan belajar pasal binatang".
Atan anak yatim piatu, dibela datuknya yg sebatang kara. tinggallah atuk dan cucu berdua di rumah usang.
"Atan belajar pasal binatang? cerita pada atuk"
"Tadikan cikgu cerita pasal gajah. atuk pernah tengok gajah?
"Gajah? atuk kecik2 main dgn gajah"
Atan rasa kagum dgn datuknya. "Atok, atan tak pernah tengok gajah pun."
"gajah tu besarnya macam dapur rumah atok."
"Tapi tok, cikgu ckp, besar gajah mcm van je. kalau macam dapur tu, besar sangat tu tok."
"gajah tu besarnya macam dapur rumah atok."
"Tapi tok, cikgu ckp, besar gajah mcm van je. kalau macam dapur tu, besar sangat tu tok."
"oh... yg mcm van tu, cucu dia. yg mcm dapur tu, datuk dia. lagi satu atan, kaki gajah runcing bak buluh"
"tapi tok, cikgu ckp kaki gajah besar, tapak dia pun besar" Atan mula bingung. sapa yg ckp betul dan sapa yg kelentong.
"gajahkan besar, selalu hentak2 kaki, tu kaki gajah jadi runcing tu atan" Atan dah mula ragui cerita datuknya dan otaknya mula ligat nak bertanya
soalan selanjutnya.
"Tok, apa bentuk belalai gajah tok"
"belalai gajah keras."
"tapi tok.."
"apa tapi tapi, kamu ni banyak tapilah atan"
"tapikan tok, cikgu ckpkan, belalai gajah lembut, boleh dipusing2 tok."
"asalnya memang lembut, bila kena belai jadi keras."
memang sah atok aku tak tahu pasal gajah ni, ckp atan dlm hati. atan pun nak pakukan atok dia buat kali terakhir supaya dia boleh dgn yakin mengatakan
atok dia kelentong.
memang sah atok aku tak tahu pasal gajah ni, ckp atan dlm hati. atan pun nak pakukan atok dia buat kali terakhir supaya dia boleh dgn yakin mengatakan
atok dia kelentong.
"Tok tok, gajah makan apa tuk"
dengan selamba tanpa berfikir atok dia ckp "tomyam."
berdekah2 atan ketawa. "tok, mana pulak gajah mkn tomyam. gajah mkn tebu"
berdekah2 atan ketawa. "tok, mana pulak gajah mkn tomyam. gajah mkn tebu"
Datok atan tak nak mengalah, tak mahu dimalukan cucunya yg berusia 7 tahun.
"tebu tu, gajah buat kuah tomyam"
"tebu tu, gajah buat kuah tomyam"
Atan terus ketawa terbahak2 dgn jawapan yg datuk dia beri.
JAWAB TETAP JAWAB
JAWAB TETAP JAWAB




0 comments:
Post a Comment